
Cuti hujung minggu yang lebih panjang daripada biasa ni, aku habiskan dengan membaca novel, mengemas rumah dan menghadiri majlis pertunangan Khodi... Novel pertama yang aku baca adalah novel Cinta Kontrak...aku tahu tentang novel ni melalui carta kedai buku popular lepas tu aku cuba cari sinopsis...lepas berkenan terus aku gi cari kat kedai tapi kebanyakan kedai sold out, last2 aku jumpa kat kedai buku popular Empire...kena cari kedai buku popular juga sebab aku dapat extra diskaun...ehehe...
Mula-mula baca novel ni macam agak membosankan, tapi bila dah masuk bab airysha sampai ke bandar baru best...bagi aku novel ni agak best cuma masih ada banyak ruang untuk diperbaiki...mungkin kerana ni karya pertama beliau malah aku juga agak terkejut bila tengok ruangan tinta penulis...umur penulis ni sangat muda...kira bertuah jugaklah sebab dari usia semuda tu dah boleh menghasilkan karya macam ni...bagi aku, penulis mampu menulis cuma perlu pendek kan sikit part2 yang dianggap kurang penting...contohnya bab tentang katak, walaupun aku faham penulis mahu menerangkan peristiwa yang membuatkan airysha takut kepada katak tapi bagi aku, ia boleh di pendek kan...secara keseluruhannya aku puas hati membaca novel ni...tahniah ye nurul syuhada ain..
Sinopsis kulit belakang;
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.
Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

0 comments:
Post a Comment