Sunday, January 29, 2012

Review Setia Hujung Nyawa



Sinopsis Kulit Belakang;

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Pendapat peribadi aku;
Novel hasil karya Fatin Nabila ni mengajak kita memuhasabah diri...kita acap kali dihidangkan dengan novel2 yang mempunyai tema yang lebih kurang iaitu rancang nak kahwin dengan orang lain, alik2 orang lain pula yang kena ganti tempat orang yang tiba-tiba tukar fikiran tu...tapi uniknya corak penceritaan Fatin Nabila ni agak berbeza...kita akan mula menginsafi diri sesudah menghabiskan sebuah buku ni... antara kata-kata penulis " laki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya"...cara penceritaan yang beserdehana tapi mampu membuatkan kita mengingati asal-usul kita...begitu juga watak Zain & Lina...Aku bagi 3 bintang untuk novel ni...siapa-siapa yang dah bosan dengan jalan cerita yang lebih kurang sama boleh cuba untuk dapatkan novel ni sebab kali ni "menu" menggunakan "perencah" yang agak berlainan...hehe, selamat membaca..

0 comments:

Post a Comment