Saturday, January 28, 2012

Review Uda & Dara




Tengok nama penulis dah tau best ke tak criter novel ni kan...Novel setebal 547 muka surat ni adalah hasil karya novelis Prolifik Alaf21 Puan Aisya Sofea...aku mula mengenali novel beliau bila kawan baik aku, ezza tak habis-habis mempromosikan novel beliau masa aku ditingkatan 6 dulu...sejak daripada tu aku layan hasil karya beliau...masuk universiti, salah seorang daripada pensyarah aku, Madam Maliza Delima (sekarang ni dah jd DR Maliza) merupakan sepupu kepada beliau...madam ni kepala giller2 gak, seronok belajar dengan madam...ehehe, melalut jap...

Okey, ni sinopsis di kulit belakang;

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”


Pendapat peribadi aku;
Aku rindu untuk membaca novel yang digarap dengan begitu matang...selepas mencuba pelbagai novel, aku rasa puas membaca novel hasil karya Aisya Sofea...tak meleret2, tak terlalu pendek, just nice gitu...Cuma aku agak sedih membaca cerita ni, sebab aku sendiri pernah nampak situasi yang dialami oleh Mar semasa dia dikenakan oleh kakak ipar dia...aku jadi terlebih emosi semasa sampai kat part tu...tapi aku yakin siapa-siapa yang suka dengan gaya penulisan aisya sofea tak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan novel beliau ni...cuma kalau sebelum-sebelum ni, watak heroin pasti akan melarikan diri bila berdepan dengan masalah tapi tidak bagi Mar...Mar tak pernah meninggalkan rumah walaupun dia merasakan dirinya seolah-olah diperkotak-katik...sebab cinta dia sejak daripada zaman sekolah dulu dah cukup kuat untuk berdepan dengan masalah sebegitu...

Bagi sesiapa yang merindui watak Adam Mukriz & Ain Hawani daripada novel Adam & Hawa & watak Farah & Luqman daripada novel Jendela Hati, you all kena dapatkan novel ni...walaupun mereka hanya muncul daripada muka surat 540 tapi sangat bermakna...nak tau bape orang anak yang dorang dah ada, macam mana keadaan dorang skang...ehhe, macam jumpa kawan lama la plak...ehehe...kalau nak diskaun 30% kena serbu Karnival Karangkraf 2012 esok ye...kalau tak, kena beli dengan harga RM 22...selamat membaca

0 comments:

Post a Comment