
Rasanya ni bukan drama, ni hanya promosi untuk novel ni...style kan..
Sinospsi dari web Jemari Seni;
Tanpa rela, Lyanna menjadi isteri Fakhrul. Daripada benci, Fakhrul jatuh cinta pada Lyanna. Demi cinta, Adam pasrah melepaskan Lyanna. Akan adakah bahagia untuk mereka bertiga?
Baca bab awal
Eh, ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku nak kahwin dengan orang lain tau! Bukan kau. Perasan. Macam kau kacak sangat. ~ Lyanna
Suami? Ya, dia isteri aku. Tapi, sayang. Aku tak pandai menghargai. Aku buta. Sekarang baru aku nampak. Aku tak nak sia-siakan dia lagi. ~ Fakhrul
Adam tak nak tahu kenapa Lyanna berkahwin dengan orang lain. Yang Adam nak cuma Lyanna hidup bahagia. Adam tahu lelaki cacat macam Adam tak mampu nak berikan apa-apa. ~ Adam
Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh direncana. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kurang sifat penyayang, supaya kita sedar cinta hakiki hanya daripada Allah. Kadang-kadang Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayang, supaya kita belajar erti menghargai. Kadang-kadang Allah ambil apa yang kita sayang, supaya kita mengerti kepada-Nya kita akan kembali.
Komen Peribadi;
Novel ni memang best, corak penceritaan yang matang...aku tak kenal sangat penulis Jemari Seni tapi cara penulisan dia buat aku tertanya-tanya, dah lama ke dia ni menulis? sebab macam tersusun je hasil karya dia ni,dalam erti kata lain, tak huru-hara serta tak meleret-leret...Cuma aku ni sangat-sangat tipikal...aku kurang senang dengan cara pengakhiran cerita ni..tapi penulis yang lebih berhak untuk memilih samaada Fakhrul atau Adam yang lebih sesuai mendampingi Lyanna untuk Ros Biru untuk Dia...Apapun novel ni memang best untuk dibaca...Novel ni boleh didapati dengan harga RM 20 sahaja...Tahniah buat penulis...










